Adakah keturunan beruk daripada Manusia???

dulu ustaz aku ade cite yang kaum nabi musa iaitu bani israil ni dijadikan beruk kerana melanggar perjanjian.. perkampungan kaum aykah klu xsilap


di mana pada zaman nabi musa, hari sabtu merupakan hari kebesaran yahudi dan utk beribadat serta dilarang untuk menangkap ikan.. pada mulanya mereka menurut tetapi ALLAH S.W.T nak uji keimanan mereka maka ALLAH S.W.T jadikan ikan lebih banyak pada hari sabtu berbanding hari lain.. pada hari sabtu ni ikan melompat-lompat nak menunjukkan banyaknya ikan tapi pada hari-hari lain, nak tangkap seekor pun susah..


Akibat terpedaya dengan nafsu dan hasutan syaitan maka ada la yang g tangkap ikan pada hari sabtu , mula-mula 2 3 kerat je yang berani g. Lama-kelamaan hampir semua pergi menangkap ikan pada hari sabtu dan tidak beribadat kepada ALLAH S.W.T. maka ALLAH S.W.T menurunkan azab dan menjadikan mereka beruk..

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina" (surah al baqarah ayat 65)


dikatakan DNA manusia dan beruk hampir 98% sama, beruk adalah haiwan yang cam dirinya ketika melihat cermin, beruk tidak rabun warna.. teori darwin ni terpesong... klu die beriman dengan ALLAH S.W.T dan AL QURAN pasti die akan menyatakan sebaliknya

"beruk berasal dari manusia"


wallahualam
sesungguhnya ALLAH S.W.T maha mengetahui

Konsert Tahun Baru

Tiap kali hujung tahun, pasti konsert new year yang ditunggu2 oleh jutaan muda mudi..

Antara lokasi konsert yang biasa dilakukan ialah di KLCC dan Dataran Merdeka..

Tadi aku tgk berita, ada la pegawai RTM tu gtaw yang konsert ambang merdeka akan diadakan dengan tujuan untuk berhibur sambil mendidik generasi muda..


Boleh ke KONSERT mendidik??? ape intisari program yang dikatakan mendidik tu???

walaupun aku membesar dari kecil sampai besar di IBUKOTA ni.. tapi xpenah sekali pn aku join g tgk konsert new year (boleh sumpah pegang AL quran punye) dan banyk kali aku mengecewakan pelawaan geng2 aku. sori geng.

Bagi aku, konsert sambut tahun baru ni bukan budaya aku. ni budaya bangsa asing yang kini makin digemari oleh bangsa ku.. ape pekdah nye tengok artis melalak, pastu berhimpit2.. panas lg.. and terang2 dapat dosa..

saluran tv pun bukan main lg siap tunjuk siaran langsung, lintas langsung nk tunjuk keadaan kat konsert tahun baru.. menggalakkan lg org nk g.. pastu bila dipersalahkan tentang keruntuhan moral remaja adalah berpunca daripada media maka dengan pantasnya mereka menafikannya...

bagi aku xperlu lah bazir duit terutamanya RTM, xyah la wat konsert2 ni.. xde pekdah la.. ekonomi tgh xstabil lg... dana kerajaan pun tengah terhad ni. xyah la membazir.. perlu ke kejar rating TV tu dengan mengadakan konsert????

n pembaziran yang ternyata jelas ialah dengan membeli bunga api untuk tahun baru..betul2 membazir.. bukan kecik2 anak punya bajet utk bunga api.. aku rasa cecah gak r ratus ribu or maybe juta klu pakai tender goverment. bayar duit artis lg, event management lagi. sound system, lighting, sewa tapak lg.. berapa la gamaknya belanja nye.. juta smp kot... pergh duit tu kalau dimanfaatkan sepenuhnya ad pekdahnya...

"Dan belanjakanlah (harta bendamu di jalan ALLAH dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan" (surah al baqarah (195)

binasa dari konteks ni bukan sahaja binasa badan tapi binasa akal, maruah, akhlak dan bermacam2 lg...


ORANG MALAYSIA tapi xreti BERBAHASA MALAYSIA

masih ada lg ke golongan ni.. kta dah merdeka 52 tahun... dan BAHASA MALAYSIA (dulunya BAHASA MELAYU) tapi sedihnya ada lagi rakyat MALAYSIA yang tergagap-gagap.. xfasih berbahasa malaysia..

macam tak logik je... bangla dengan indon pun datang keje kat malaysia blh fasih ckp MALAYSIA, duduk dalam 10 bulan dan boleh nak berkomunikasi dengan orang tempatan..

cukup aku menyampah ade makhluk yang xreti nak komunikasi guna bahasa kebangsaan dengan betul.

dalam tv pun aku penah tgk, masa tgh temuramah, tergagap ckp bahasa malaysia.. come on lah.... masa skola dulu xblaja bahasa malaysia ke??? x amik exam bahasa malaysia ke?????

ntah2 pendatang haram, sebab tu xleh berbahasa malaysia dengan baik.. dari kecik smp besar xkan xreti berbahasa malaysia gni..

x jadi 1 malaysia r gni klu bahasa yang diguna pakai oleh seluruh rakyat malaysia, masih terdapat manusia yang xfasih berbahasa malaysia..

pihak berwajib tolong ambil tindakan.. wat undang-undang baru ke bagi sesiapa yang xleh berbahasa malaysia dengan baik dikenakan tindakan. baru lah celik mata yang sepet tu untuk betul2 menguasai bahasa malaysia..


luahan geram,
skuter puter......

Tahniah Pasukan B-23 Malaysia

Tahniah... tahniah.. tahniah..

Aku merasa bangga di atas pencapaian pasukan bola sepak kali ini...... Permulaan pada perlawanan pertama agak baik dengan menewaskan Timor Leste 11-0, namun harapan nampak sedikit goyah apabila tewas pada Vietnam dalam peringkat kumpulan, Kembali menghidupkan sisa perjuangan dengan menewaskan Kemboja 4-o dan mengejutkan Thailand 2-1, membuka semua mata di Asia Tenggara yang Malaysia mampu bangkit untuk mencapai emas..

Kemudian dengan langkah bergaya menewaskan tuan rumah 3-1 dan seterusnya MENANG ke atas Vietnam 1-0. menamatkan BADI 20 tahun.. dari coach tempatan, kita pakai coach luar, then pakai blk coach tempatan. dan sentuhan K.Rajagobal mencorakkan kemenangan yang didahagakan oleh seluruh rakyat MALAYSIA iaitu untuk melihat MALAYSIA merangkul EMAS bolasepak.

Sepanjang 2 siaran langsung yang aku lihat. Corak permainan MALAYSIA benar2 berubah.. kalau dulu main slow je. bosan aku tengk.. tapi kali ini MALAYSIA menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus. tak putus2 MALAYSIA menyerang.. GAME mcm ni baru rakyat nk tgk. kalau dulu lembik je.. nak lari jap pastu org langgar ckit tumbang... tapi team kali ni berbeza sungguh.. larian deras sepanjang permainan yang aku lihat. dari mula smp nak habis game... Pemain nampak bersemangat.. baru lah yang menonton jd semangat..


TAHNIAH DAN SYABAS.. buat K.RAJAGOBAL, jurulatih2 dan para pemain yang bertungkus lumus untuk menghadiahkan kemenangan yang telah lama dinantikan..

aku BANGGA, PM BANGGA, 1 MALAYSIA BANGGA... tahniah.

doa akhir dan awal tahun


awal muharram..

satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat
Sebarkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

tahun baru hijrah...

alhamdulillah kerana usia ku masih dipanjangkan dan ini membuktikan yang aku semakin berusia...

masa yang lalu xkan dapat di ulang kembali, pakai la bapak teknologi pun kerna ALLAH dh berfirman dalam AL quran "Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian"...
dan imam syafie pun ad berkata bahawa

di tahun baru hijrah ini, aku berdoa

semoga usia ku, ibubapaku, keluarga, yang tersayang, rakan2ku, pensyarah ku dipanjang kan dan dimurahkan rezki, ditetapkan iman, diberi petunjuk dan hidayah. Semoga, aku berjaya menghijrahkan diri dari sifat2 negatif..

semoga di tahun baru hijrah ini, kita berpeluang melihat dua puak politik Malaysia bersatu.. seperti puak ansar dan muhajirin.. moga ALLAH bukakan pintu hati pemimpin ISLAM untuk bersatu dan menguatkan kembali ikatan persaudaraan sesama islam.

Moga ALLAH satukan pemimpin2 dunia untuk bangkit dan membantu PALESTIN menentang kezaliman YAHUDI LAKNATTULlAH ..

Semoga kemakmuran dan keamanan negara dapat dikekalkan. dijauhkan segala huru-hara(demonstrasi jalanan,rusuhan)... moga ekonomi negara kembali stabil dan terus meningkat supaya takde lagi inflasi, cukai2 dsb...

PAS lancar kempen UMNO pengkhianat rakyat.

Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program 'Umno Pengkhianat Rakyat', yang akan dilancarkan 9 Januari ini. Program ini kononya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini.

sila klik di sini untuk baca sepenuhnya

ULASAN
aku

ish2 semua orang jahat, semua orang salah, die n parti die je betul semua, MAKSUM SGT KE???? mcm pas xpnh wat silap, xwat salah..

selari kan perjuangan dengan perlaksanaan baru leh cakap orang slh... cb check blk statement2 yang dikeluarkan oleh pemimpin2 pas sebelum ni.. cermin diri, muhasabah diri baru wat kempen. mane hudud yang diperjuangkan dulu????